Skip to main content

Posts

Kejohanan Catur Berpasukan Kebangsaan Piala PMX 2025

PCOKUNK telah menghantar wakil untuk menyertai Kejohanan Catur Berpasukan Kebangsaan Piala PMX 2025 pada 25-29 Jun baru-baru ini. Encik Norazlin yang merupakan atlet kebangsaan pada edisi ParaASEAN 2017 telah dijemput untuk mewakili pasukan Para Malaysia (Fizikal) dalam kejohanan Kebangsaan. Kejohanan ini merupakan salah satu persediaan untuk persiapan menghadapi Sukan Para ASEAN 2027 di Kuala Lumpur. Encik Norazlin diiringi oleh Encik Mohamad Syekul Azim selaku pengiring. 
Recent posts

Selamat Berjuang Buat Kontinjen Catur Para Kelantan!

 Cabaran Kelantan pada temasya ParaSUKMA kali ini digalas oleh Faris Iqbal dan Muhammad Amirul Hakimi.   Afiq Aiman (dua dari kiri) bertindak selaku pengurus pasukan manakala Mohamad Syekul Azim (pertama dari kiri) bertindak sebagai Pembantu Jurulatih.  Ketua Jurulatih, Norazlin Juarih tidak dapat menyertai kontinjen ke Sarawak kali ini dan akan memantau perkembangan atlet secara atas talian. "Demi Kelate Kito Lawey"

Catur Para SUKMA 2024

Kelantan akan menghantar 2 atlet dalam temasya Para SUKMA 2024 Sarawak pada 23-28 Sept nanti. Mereka akan bertanding dalam kategori Standard dan Rapid Individu dan Berpasukan.  Kelantan akan diwakili oleh Faris Iqbal Ahmad dan Muhammad Amirul Hakimi Mohd Salleh. Ini adalah penyertaan kali kedua oleh Faris Iqbal dan pertama buat Amirul. Norazlin Juarih kali ini bertindak selaku Ketua Jurulatih manakala Muhammad Afiq Aiman Mohd Haslam kekal sebagai Pengurus Pasukan. Semoga kontinjen Kelantan dapat memberikan persembahan yang terbaik dan menyumbang pingat untuk negeri Kelantan!  "Be a humble winner or gracious loser"

Pencarian Bakat Catur OKU Negeri Kelantan Untuk PARASUKMA 2024

Sarawak sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan PARA SUKMA untuk tahun 2024. Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2016. Pasukan catur Kelantan 2016 yang diwakili oleh Norazlin Juarih berjaya mendominasi kategori Individu apabila menggondol 1 Emas dan 1 Perak bagi acara Klasikal dan Rapid. PCOKUNK mengalu-alukan warga OKU Kelantan yang berusia 14-35 tahun yang berminat mewakili Kelantan dalam acara catur di Para SUKMA 2024 nanti. Sila emel butiran seperti berikut ke caturokukelantan@gmail.com 1. Nama Penuh 2. No KP 3. Umur 4. Jantina 5. Kategori OKU 6. No. Telefon 

Kontinjen Catur PARA SUKMA Kelantan 2022 Sumbang 2 Pingat!

Kontinjen Catur Kelantan berjaya membawa pulang 1 emas ( Berpasukan) dan 1 perak (individu) dalam kategori Catur Rapid di ParaSukma 2022. Pasukan Kelantan yang dibarisi oleh Norazlin bin Juarih, Faris Iqbal Ahmad dan Mohd Azman Idros berjaya merekodkan 8 mata untuk muncul Johan berpasukan menewaskan Melaka dan Perak yang masing² mengumpul 7 mata. Norazlin juga berjaya merangkul pingat perak (individu). Ia sekaligus menebus kekecewaan kontinjen catur Kelantan yang terlepas pingat dalam acara Catur Standard sebelum ini. Pasukan Kelantan hanya menghantar satu pasukan Fizikal Lelaki sahaja pada edisi kali ini. Jesteru, kejayaan merangkul 2 pingat sangat membanggakan! Kejohanan ParaSUKMA 2022 ini telah berlangsung pada 1-6 November 2022. Venue untuk sukan catur bertempat di Hotel Unicorn, Kuala Lumpur. Kontinjen Catur: Pengurus: Mohd Afiq Aiman Haslam Jurulatih: Zulhilmi Sahadi Atlet 1.  Norazlin Juarih (Kapten) 2.  Faris Iqbal Ahmad 3.  Mohd Azman Idros

Rangkuman Aktiviti PCOKUNK Sepanjang Tahun 2020

 Tahun 2020 baru saja meninggalkan kita. Pandemik yang melanda telah menjejaskan beberapa program utama yang sepatutnya kita sertai. Paling utama ialah penangguhan SUKMA Paralimpiad ke Mac 2022. Walaupun begitu, PCOKUNK masih aktif menjalankan program-program dan kejohanan online sepanjang tahun 2020. Berikut adalah rangkuman aktiviti sepanjang tahun 2020 1. Latihan dan persiapan intensif atlet ke SUKMA Para 2020 2. Kejohanan Catur Online Dengan Kerjasama KPTMKB (3 Siri) 3. Kejohanan Catur PCOKUNK Arena Chessmaster 2020 (10 Siri) 4. Kelas Catur PERCUMA untuk OKU (Bermula Disember 2020) Latihan Intensif Atlet Latihan Intensif telah dijalankan bermula September 2020. PCOKUNK telah mengambil jurulatih yang berkelayakan untuk menjayakan latihan intensif selama 2 bulan. Walaupun begitu, akibat pandemik, kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada Mac 2021 telah ditunda ke tahun 2022. Kejohanan Catur Online Dengan Kerjasama KPTMKB (3 Siri)  Kejohanan ini merupakan salah satu rangka p...

Kejohanan Siri Catur Online PCOKUNK 2020

PCOKUNK buat julung kalinya akan mengadakan satu kejohanan catur secara online melalui platform Lichess pada 10 dan 11 Julai 2020. Ianya terbuka kepada seluruh warga Malaysia. Untuk maklumat lanjut, hendaklah menyertai Channel Telegram Rasmi PCOKUNK  Apa yang penting, ianya PERCUMA!  Objektif utama kejohanan online ini adalah untuk mempromosi Channel Rasmi Telegram PCOKUNK serta memeriahkan komuniti catur online Malaysia. Penganjur bersama siri ini adalah KPTMKB.