Skip to main content

Kontinjen Catur PARA SUKMA Kelantan 2022 Sumbang 2 Pingat!

Kontinjen Catur Kelantan berjaya membawa pulang 1 emas ( Berpasukan) dan 1 perak (individu) dalam kategori Catur Rapid di ParaSukma 2022.

Pasukan Kelantan yang dibarisi oleh Norazlin bin Juarih, Faris Iqbal Ahmad dan Mohd Azman Idros berjaya merekodkan 8 mata untuk muncul Johan berpasukan menewaskan Melaka dan Perak yang masing² mengumpul 7 mata.

Norazlin juga berjaya merangkul pingat perak (individu).

Ia sekaligus menebus kekecewaan kontinjen catur Kelantan yang terlepas pingat dalam acara Catur Standard sebelum ini.

Pasukan Kelantan hanya menghantar satu pasukan Fizikal Lelaki sahaja pada edisi kali ini. Jesteru, kejayaan merangkul 2 pingat sangat membanggakan!

Kejohanan ParaSUKMA 2022 ini telah berlangsung pada 1-6 November 2022. Venue untuk sukan catur bertempat di Hotel Unicorn, Kuala Lumpur.





Kontinjen Catur:


Pengurus: Mohd Afiq Aiman Haslam

Jurulatih: Zulhilmi Sahadi

Atlet

1.  Norazlin Juarih (Kapten)

2.  Faris Iqbal Ahmad

3.  Mohd Azman Idros

Comments

Popular posts from this blog

Mengenali Catur OKU

Pemain catur OKU lazimnya diletakkan di bawah kategori berikut: 1. Fizikal Kecacatan yang melibatkan kehilangan 50% atau lebih fungsi fizikal seperti tangan dan kaki 2. Penglihatan (B1) Hilang penglihatan sepenuhnya 3. Penglihatan (B2/B3) B2 merujuk kepada Rabun Teruk  manakala B3 adalah Penglihatan Terhad Penjelasan kategori OKU boleh dibaca di SINI Pemain catur OKU fizikal lazimnya akan menggunakan set catur biasa. Namun begitu, bagi sesetengah pemain yang mempunyai kesukaran untuk menggerakkan buah catur, pembantu akan disediakan untuk membuat gerakan. Bagi OKU penglihatan, mereka akan menggunakan set catur khas (Braille Set). Untuk membezakan petak gelap dan cerah, petak gelap biasanya sedikit tinggi berbanding petak cerah. Buah catur hitam pula mempunyai bucu tajam di bahagian atas untuk memudahkan pengecaman.  Papan catur Braille mempunyai lubang kecil untuk memastikan buah catur tidak jatuh ketika pemain menyentuh buah ketika...

Sirkit Catur OKU Zon Pantai Timur LIONS 2019

Pada 16 November 2019, kejohanan Catur OKU Zon Pantai Timur anjuran LIONS Club dengan kerjasama Persatuan Catur OKU Malayasia telah diadakan di KB Mall Kota Bharu. Ini merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh LIONS Club. PCOKUNK turut menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur melalui kerjasama bersama Persatuan Catur Negeri Kelantan yang menyediakan peralatan dan khidmat arbiter. 3 orang AJK PCOKUNK turut mengambil bahagian iaitu Mohd Azman Mohd Idros, Hafiz Mohed dan Ahmad Firdaus Othman. Edisi kali ini disertai oleh 18 pemain OKU yang datang dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga Selangor. Seramai 10 pencatur terbaik dipilih untuk mewakili Zon Timur pada peringkat kebangsaan yang akan dijangka berlangsung pada Mac 2020. En. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor telah berjaya menjadi johan dengan mencatat 100% kemenangan dari 4 pusingan dan membawa pulang RM300 serta piala. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor berjaya menjadi Johan Dua wa...

Selamat Berjuang Buat Kontinjen Catur Para Kelantan!

 Cabaran Kelantan pada temasya ParaSUKMA kali ini digalas oleh Faris Iqbal dan Muhammad Amirul Hakimi.   Afiq Aiman (dua dari kiri) bertindak selaku pengurus pasukan manakala Mohamad Syekul Azim (pertama dari kiri) bertindak sebagai Pembantu Jurulatih.  Ketua Jurulatih, Norazlin Juarih tidak dapat menyertai kontinjen ke Sarawak kali ini dan akan memantau perkembangan atlet secara atas talian. "Demi Kelate Kito Lawey"