Skip to main content

Maklumat Am


Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Kelantan (PCOKUNK) merupakan sebuah badan sukan yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan nombor pendaftaran N-KTN-05719. PCOKUNK secara rasminya diluluskan pada 18 September 2019. 

PCOKUNK bermatlamat untuk menmpromosi sukan catur di kalangan OKU terutamanya negeri Kelantan. Selain itu, PCOKUNK juga komited untuk membantu atlet catur OKU dari segi dana dan latihan yang tersusun.

Dari sudut penglibatan dalam sukan catur, PCOKUNK aktif terlibat dalam kejohanan-kejohanan catur seperti PARA SUKMA, Kejohanan Catur OKU, LIONS Chess for Disabled serta kejohanan catur normal.

PCOKUNK juga bekerjasama dengan penggiat catur yang lain dalam menjalankan aktiviti seperti bengkel catur, seminar dan seumpamanya.


LOGO PCOUKUNK




Majlis Tertinggi PCOKUNK


Presiden
Norazlin Bin Juarih

Timbalan Presiden
Mohd Azman Mohd Idros

Setiausaha
Muhammad Ariez Azman

Bendahari
Mohd Romizan Abd Rahman

AJK
1. Mohd Hafiz Mohed
2. Nik Mohd Nazri Nik Hasan




EMEL

caturokukelantan@gmail.com

FB

PCOKUNK


AKAUN BANK RASMI

Image result for RHB LOGO

PERSATUAN CATUR ORANG KURANG UPAYA NEGERI KELANTAN
2-03053-6002-437-6

Comments

Popular posts from this blog

Mengenali Catur OKU

Pemain catur OKU lazimnya diletakkan di bawah kategori berikut: 1. Fizikal Kecacatan yang melibatkan kehilangan 50% atau lebih fungsi fizikal seperti tangan dan kaki 2. Penglihatan (B1) Hilang penglihatan sepenuhnya 3. Penglihatan (B2/B3) B2 merujuk kepada Rabun Teruk  manakala B3 adalah Penglihatan Terhad Penjelasan kategori OKU boleh dibaca di SINI Pemain catur OKU fizikal lazimnya akan menggunakan set catur biasa. Namun begitu, bagi sesetengah pemain yang mempunyai kesukaran untuk menggerakkan buah catur, pembantu akan disediakan untuk membuat gerakan. Bagi OKU penglihatan, mereka akan menggunakan set catur khas (Braille Set). Untuk membezakan petak gelap dan cerah, petak gelap biasanya sedikit tinggi berbanding petak cerah. Buah catur hitam pula mempunyai bucu tajam di bahagian atas untuk memudahkan pengecaman.  Papan catur Braille mempunyai lubang kecil untuk memastikan buah catur tidak jatuh ketika pemain menyentuh buah ketika...

Sirkit Catur OKU Zon Pantai Timur LIONS 2019

Pada 16 November 2019, kejohanan Catur OKU Zon Pantai Timur anjuran LIONS Club dengan kerjasama Persatuan Catur OKU Malayasia telah diadakan di KB Mall Kota Bharu. Ini merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh LIONS Club. PCOKUNK turut menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur melalui kerjasama bersama Persatuan Catur Negeri Kelantan yang menyediakan peralatan dan khidmat arbiter. 3 orang AJK PCOKUNK turut mengambil bahagian iaitu Mohd Azman Mohd Idros, Hafiz Mohed dan Ahmad Firdaus Othman. Edisi kali ini disertai oleh 18 pemain OKU yang datang dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga Selangor. Seramai 10 pencatur terbaik dipilih untuk mewakili Zon Timur pada peringkat kebangsaan yang akan dijangka berlangsung pada Mac 2020. En. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor telah berjaya menjadi johan dengan mencatat 100% kemenangan dari 4 pusingan dan membawa pulang RM300 serta piala. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor berjaya menjadi Johan Dua wa...

Selamat Berjuang Buat Kontinjen Catur Para Kelantan!

 Cabaran Kelantan pada temasya ParaSUKMA kali ini digalas oleh Faris Iqbal dan Muhammad Amirul Hakimi.   Afiq Aiman (dua dari kiri) bertindak selaku pengurus pasukan manakala Mohamad Syekul Azim (pertama dari kiri) bertindak sebagai Pembantu Jurulatih.  Ketua Jurulatih, Norazlin Juarih tidak dapat menyertai kontinjen ke Sarawak kali ini dan akan memantau perkembangan atlet secara atas talian. "Demi Kelate Kito Lawey"