Skip to main content

Keahlian PCOKUNK


PCOKUNK membuka permohonan untuk menjadi ahli PCOKUNK kepada mereka yang berminat. Ahli PCOKUNK merupakan individu yang mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding dalam pemilihan Majlis Tertinggi PCOKUNK.

Bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar komited ingin memajukan PCOKUNK sahaja yang dipilih sebagai ahli, kami mengutamakan mereka yang mempunyai kriteria berikut:

1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Permastautin negeri Kelantan
3. Sudah berkerja atau mempunyai perniagaan
4. Komited dalam membantu golongan OKU
5. Minat dalam pembangunan sukan catur.

Jika anda mempunyai kriteria di atas, sila hantarkan resume ringkas anda ke caturokukelantan@gmail.com

Resume anda harus mempunyai perkara berikut:

1. Maklumat diri
2. Maklumat Pekerjaan / Perniagaan
3. Perancangan Anda Untuk Membantu PCOKUNK.

Jika permohonan anda diterima, anda hendaklah membayar yuran pendaftaran (Sekali Seumur Hidup) RM50 dan Yuran Tahunan sebanyak RM50.

Atau

Anda boleh menyatakan sokongan kepada PCOKUNK dengan mendaftar sebagai Patron PCOKUNK dengan sumbangan minima sekali seumur hidup serendah RM30. Klik SINI untuk mendaftar! 

Comments

Popular posts from this blog

Mengenali Catur OKU

Pemain catur OKU lazimnya diletakkan di bawah kategori berikut: 1. Fizikal Kecacatan yang melibatkan kehilangan 50% atau lebih fungsi fizikal seperti tangan dan kaki 2. Penglihatan (B1) Hilang penglihatan sepenuhnya 3. Penglihatan (B2/B3) B2 merujuk kepada Rabun Teruk  manakala B3 adalah Penglihatan Terhad Penjelasan kategori OKU boleh dibaca di SINI Pemain catur OKU fizikal lazimnya akan menggunakan set catur biasa. Namun begitu, bagi sesetengah pemain yang mempunyai kesukaran untuk menggerakkan buah catur, pembantu akan disediakan untuk membuat gerakan. Bagi OKU penglihatan, mereka akan menggunakan set catur khas (Braille Set). Untuk membezakan petak gelap dan cerah, petak gelap biasanya sedikit tinggi berbanding petak cerah. Buah catur hitam pula mempunyai bucu tajam di bahagian atas untuk memudahkan pengecaman.  Papan catur Braille mempunyai lubang kecil untuk memastikan buah catur tidak jatuh ketika pemain menyentuh buah ketika menganal

Pencarian Bakat Catur OKU Negeri Kelantan Untuk PARASUKMA 2024

Sarawak sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan PARA SUKMA untuk tahun 2024. Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2016. Pasukan catur Kelantan 2016 yang diwakili oleh Norazlin Juarih berjaya mendominasi kategori Individu apabila menggondol 1 Emas dan 1 Perak bagi acara Klasikal dan Rapid. PCOKUNK mengalu-alukan warga OKU Kelantan yang berusia 14-35 tahun yang berminat mewakili Kelantan dalam acara catur di Para SUKMA 2024 nanti. Sila emel butiran seperti berikut ke caturokukelantan@gmail.com 1. Nama Penuh 2. No KP 3. Umur 4. Jantina 5. Kategori OKU 6. No. Telefon 

Rangkuman Aktiviti PCOKUNK Sepanjang Tahun 2020

 Tahun 2020 baru saja meninggalkan kita. Pandemik yang melanda telah menjejaskan beberapa program utama yang sepatutnya kita sertai. Paling utama ialah penangguhan SUKMA Paralimpiad ke Mac 2022. Walaupun begitu, PCOKUNK masih aktif menjalankan program-program dan kejohanan online sepanjang tahun 2020. Berikut adalah rangkuman aktiviti sepanjang tahun 2020 1. Latihan dan persiapan intensif atlet ke SUKMA Para 2020 2. Kejohanan Catur Online Dengan Kerjasama KPTMKB (3 Siri) 3. Kejohanan Catur PCOKUNK Arena Chessmaster 2020 (10 Siri) 4. Kelas Catur PERCUMA untuk OKU (Bermula Disember 2020) Latihan Intensif Atlet Latihan Intensif telah dijalankan bermula September 2020. PCOKUNK telah mengambil jurulatih yang berkelayakan untuk menjayakan latihan intensif selama 2 bulan. Walaupun begitu, akibat pandemik, kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada Mac 2021 telah ditunda ke tahun 2022. Kejohanan Catur Online Dengan Kerjasama KPTMKB (3 Siri)  Kejohanan ini merupakan salah satu rangka promosi PC