Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sukma2024

Catur Para SUKMA 2024

Kelantan akan menghantar 2 atlet dalam temasya Para SUKMA 2024 Sarawak pada 23-28 Sept nanti. Mereka akan bertanding dalam kategori Standard dan Rapid Individu dan Berpasukan.  Kelantan akan diwakili oleh Faris Iqbal Ahmad dan Muhammad Amirul Hakimi Mohd Salleh. Ini adalah penyertaan kali kedua oleh Faris Iqbal dan pertama buat Amirul. Norazlin Juarih kali ini bertindak selaku Ketua Jurulatih manakala Muhammad Afiq Aiman Mohd Haslam kekal sebagai Pengurus Pasukan. Semoga kontinjen Kelantan dapat memberikan persembahan yang terbaik dan menyumbang pingat untuk negeri Kelantan!  "Be a humble winner or gracious loser"

Pencarian Bakat Catur OKU Negeri Kelantan Untuk PARASUKMA 2024

Sarawak sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan PARA SUKMA untuk tahun 2024. Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2016. Pasukan catur Kelantan 2016 yang diwakili oleh Norazlin Juarih berjaya mendominasi kategori Individu apabila menggondol 1 Emas dan 1 Perak bagi acara Klasikal dan Rapid. PCOKUNK mengalu-alukan warga OKU Kelantan yang berusia 14-35 tahun yang berminat mewakili Kelantan dalam acara catur di Para SUKMA 2024 nanti. Sila emel butiran seperti berikut ke caturokukelantan@gmail.com 1. Nama Penuh 2. No KP 3. Umur 4. Jantina 5. Kategori OKU 6. No. Telefon