Skip to main content

Posts

Showing posts with the label catur OKU

Kejohanan Catur Berpasukan Kebangsaan Piala PMX 2025

PCOKUNK telah menghantar wakil untuk menyertai Kejohanan Catur Berpasukan Kebangsaan Piala PMX 2025 pada 25-29 Jun baru-baru ini. Encik Norazlin yang merupakan atlet kebangsaan pada edisi ParaASEAN 2017 telah dijemput untuk mewakili pasukan Para Malaysia (Fizikal) dalam kejohanan Kebangsaan. Kejohanan ini merupakan salah satu persediaan untuk persiapan menghadapi Sukan Para ASEAN 2027 di Kuala Lumpur. Encik Norazlin diiringi oleh Encik Mohamad Syekul Azim selaku pengiring. 

Selamat Berjuang Buat Kontinjen Catur Para Kelantan!

 Cabaran Kelantan pada temasya ParaSUKMA kali ini digalas oleh Faris Iqbal dan Muhammad Amirul Hakimi.   Afiq Aiman (dua dari kiri) bertindak selaku pengurus pasukan manakala Mohamad Syekul Azim (pertama dari kiri) bertindak sebagai Pembantu Jurulatih.  Ketua Jurulatih, Norazlin Juarih tidak dapat menyertai kontinjen ke Sarawak kali ini dan akan memantau perkembangan atlet secara atas talian. "Demi Kelate Kito Lawey"

Catur Para SUKMA 2024

Kelantan akan menghantar 2 atlet dalam temasya Para SUKMA 2024 Sarawak pada 23-28 Sept nanti. Mereka akan bertanding dalam kategori Standard dan Rapid Individu dan Berpasukan.  Kelantan akan diwakili oleh Faris Iqbal Ahmad dan Muhammad Amirul Hakimi Mohd Salleh. Ini adalah penyertaan kali kedua oleh Faris Iqbal dan pertama buat Amirul. Norazlin Juarih kali ini bertindak selaku Ketua Jurulatih manakala Muhammad Afiq Aiman Mohd Haslam kekal sebagai Pengurus Pasukan. Semoga kontinjen Kelantan dapat memberikan persembahan yang terbaik dan menyumbang pingat untuk negeri Kelantan!  "Be a humble winner or gracious loser"

Pencarian Bakat Catur OKU Negeri Kelantan Untuk PARASUKMA 2024

Sarawak sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan PARA SUKMA untuk tahun 2024. Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2016. Pasukan catur Kelantan 2016 yang diwakili oleh Norazlin Juarih berjaya mendominasi kategori Individu apabila menggondol 1 Emas dan 1 Perak bagi acara Klasikal dan Rapid. PCOKUNK mengalu-alukan warga OKU Kelantan yang berusia 14-35 tahun yang berminat mewakili Kelantan dalam acara catur di Para SUKMA 2024 nanti. Sila emel butiran seperti berikut ke caturokukelantan@gmail.com 1. Nama Penuh 2. No KP 3. Umur 4. Jantina 5. Kategori OKU 6. No. Telefon 

Mengenali Catur OKU

Pemain catur OKU lazimnya diletakkan di bawah kategori berikut: 1. Fizikal Kecacatan yang melibatkan kehilangan 50% atau lebih fungsi fizikal seperti tangan dan kaki 2. Penglihatan (B1) Hilang penglihatan sepenuhnya 3. Penglihatan (B2/B3) B2 merujuk kepada Rabun Teruk  manakala B3 adalah Penglihatan Terhad Penjelasan kategori OKU boleh dibaca di SINI Pemain catur OKU fizikal lazimnya akan menggunakan set catur biasa. Namun begitu, bagi sesetengah pemain yang mempunyai kesukaran untuk menggerakkan buah catur, pembantu akan disediakan untuk membuat gerakan. Bagi OKU penglihatan, mereka akan menggunakan set catur khas (Braille Set). Untuk membezakan petak gelap dan cerah, petak gelap biasanya sedikit tinggi berbanding petak cerah. Buah catur hitam pula mempunyai bucu tajam di bahagian atas untuk memudahkan pengecaman.  Papan catur Braille mempunyai lubang kecil untuk memastikan buah catur tidak jatuh ketika pemain menyentuh buah ketika...