Skip to main content

Catur Para SUKMA 2024

Kelantan akan menghantar 2 atlet dalam temasya Para SUKMA 2024 Sarawak pada 23-28 Sept nanti. Mereka akan bertanding dalam kategori Standard dan Rapid Individu dan Berpasukan. 

Kelantan akan diwakili oleh Faris Iqbal Ahmad dan Muhammad Amirul Hakimi Mohd Salleh. Ini adalah penyertaan kali kedua oleh Faris Iqbal dan pertama buat Amirul. Norazlin Juarih kali ini bertindak selaku Ketua Jurulatih manakala Muhammad Afiq Aiman Mohd Haslam kekal sebagai Pengurus Pasukan.


Semoga kontinjen Kelantan dapat memberikan persembahan yang terbaik dan menyumbang pingat untuk negeri Kelantan! 

"Be a humble winner or gracious loser"

Comments

Popular posts from this blog

Mengenali Catur OKU

Pemain catur OKU lazimnya diletakkan di bawah kategori berikut: 1. Fizikal Kecacatan yang melibatkan kehilangan 50% atau lebih fungsi fizikal seperti tangan dan kaki 2. Penglihatan (B1) Hilang penglihatan sepenuhnya 3. Penglihatan (B2/B3) B2 merujuk kepada Rabun Teruk  manakala B3 adalah Penglihatan Terhad Penjelasan kategori OKU boleh dibaca di SINI Pemain catur OKU fizikal lazimnya akan menggunakan set catur biasa. Namun begitu, bagi sesetengah pemain yang mempunyai kesukaran untuk menggerakkan buah catur, pembantu akan disediakan untuk membuat gerakan. Bagi OKU penglihatan, mereka akan menggunakan set catur khas (Braille Set). Untuk membezakan petak gelap dan cerah, petak gelap biasanya sedikit tinggi berbanding petak cerah. Buah catur hitam pula mempunyai bucu tajam di bahagian atas untuk memudahkan pengecaman.  Papan catur Braille mempunyai lubang kecil untuk memastikan buah catur tidak jatuh ketika pemain menyentuh buah ketika...

Sirkit Catur OKU Zon Pantai Timur LIONS 2019

Pada 16 November 2019, kejohanan Catur OKU Zon Pantai Timur anjuran LIONS Club dengan kerjasama Persatuan Catur OKU Malayasia telah diadakan di KB Mall Kota Bharu. Ini merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh LIONS Club. PCOKUNK turut menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur melalui kerjasama bersama Persatuan Catur Negeri Kelantan yang menyediakan peralatan dan khidmat arbiter. 3 orang AJK PCOKUNK turut mengambil bahagian iaitu Mohd Azman Mohd Idros, Hafiz Mohed dan Ahmad Firdaus Othman. Edisi kali ini disertai oleh 18 pemain OKU yang datang dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga Selangor. Seramai 10 pencatur terbaik dipilih untuk mewakili Zon Timur pada peringkat kebangsaan yang akan dijangka berlangsung pada Mac 2020. En. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor telah berjaya menjadi johan dengan mencatat 100% kemenangan dari 4 pusingan dan membawa pulang RM300 serta piala. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor berjaya menjadi Johan Dua wa...

Selamat Berjuang Buat Kontinjen Catur Para Kelantan!

 Cabaran Kelantan pada temasya ParaSUKMA kali ini digalas oleh Faris Iqbal dan Muhammad Amirul Hakimi.   Afiq Aiman (dua dari kiri) bertindak selaku pengurus pasukan manakala Mohamad Syekul Azim (pertama dari kiri) bertindak sebagai Pembantu Jurulatih.  Ketua Jurulatih, Norazlin Juarih tidak dapat menyertai kontinjen ke Sarawak kali ini dan akan memantau perkembangan atlet secara atas talian. "Demi Kelate Kito Lawey"