
PCOKUNK turut menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur melalui kerjasama bersama Persatuan Catur Negeri Kelantan yang menyediakan peralatan dan khidmat arbiter.

3 orang AJK PCOKUNK turut mengambil bahagian iaitu Mohd Azman Mohd Idros, Hafiz Mohed dan Ahmad Firdaus Othman. Edisi kali ini disertai oleh 18 pemain OKU yang datang dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga Selangor.
Seramai 10 pencatur terbaik dipilih untuk mewakili Zon Timur pada peringkat kebangsaan yang akan dijangka berlangsung pada Mac 2020. En. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor telah berjaya menjadi johan dengan mencatat 100% kemenangan dari 4 pusingan dan membawa pulang RM300 serta piala.
![]() |
Hasidin Abdul Rashid dari Selangor berjaya menjadi Johan |
Dua wakil PCOKUNK berjaya mendapat Top 10 iaitu Mohd Azman dan Mohd Hafiz.
![]() |
Hafiz Mohed |
![]() |
Mohd Azman |
PCOKUNK mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta penganjur utama LIONS Club kerana mengangkat sukan catur OKU di Malaysia.
![]() |
10 Pemenang akan mewakili Zon Timur |
Comments
Post a Comment