Skip to main content

Rangkuman Aktiviti PCOKUNK Sepanjang Tahun 2020

 Tahun 2020 baru saja meninggalkan kita. Pandemik yang melanda telah menjejaskan beberapa program utama yang sepatutnya kita sertai. Paling utama ialah penangguhan SUKMA Paralimpiad ke Mac 2022. Walaupun begitu, PCOKUNK masih aktif menjalankan program-program dan kejohanan online sepanjang tahun 2020.


Berikut adalah rangkuman aktiviti sepanjang tahun 2020

1. Latihan dan persiapan intensif atlet ke SUKMA Para 2020

2. Kejohanan Catur Online Dengan Kerjasama KPTMKB (3 Siri)

3. Kejohanan Catur PCOKUNK Arena Chessmaster 2020 (10 Siri)

4. Kelas Catur PERCUMA untuk OKU (Bermula Disember 2020)


Latihan Intensif Atlet

Latihan Intensif telah dijalankan bermula September 2020. PCOKUNK telah mengambil jurulatih yang berkelayakan untuk menjayakan latihan intensif selama 2 bulan. Walaupun begitu, akibat pandemik, kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada Mac 2021 telah ditunda ke tahun 2022.


Kejohanan Catur Online Dengan Kerjasama KPTMKB (3 Siri)

 Kejohanan ini merupakan salah satu rangka promosi PCOKUNK kepada umum. Sebanyak 3 siri telah dijalankan iaitu Standard Chess, Chess960 dan format Crazyhouse. Sijil pemenang ditaja oleh KPTMKB. Klik Untuk Lihat Rangkuman


Kejohanan Catur PCOKUNK Arena Chessmaster 2020 (10 Siri)

Kejohanan ini bermula pada Ogos 2020 dan dijalankan sebanyak 2 siri sebulan. Setiap siri bertemakan variasi opening catur yang pelbagai. Klik Untuk Lihat Rangkuman.


Kelas Catur PERCUMA untuk OKU (Bermula Disember 2020)

Projek ini dijalankan dengan kerjasama Akademi Catur Ariez Azman. Projek ini bermatlamat untuk membantu golongan OKU belajar catur secara teratur. Kami tidak mengenakan sebarang yuran ke atas peserta. Batch pertama merangkumi 20 OKU dari seluruh negara . Memandangkan buat masa ini kami tidak dapat menjalankan kelas secara fizikal, kelas dijalankan secara atas talian melalui aplikasi zoom. Kelas dijalankan sebanyak 4 sesi sebulan selama 3 bulan. 


Klik untuk lawat page rasmi kami 



Comments

Popular posts from this blog

Mengenali Catur OKU

Pemain catur OKU lazimnya diletakkan di bawah kategori berikut: 1. Fizikal Kecacatan yang melibatkan kehilangan 50% atau lebih fungsi fizikal seperti tangan dan kaki 2. Penglihatan (B1) Hilang penglihatan sepenuhnya 3. Penglihatan (B2/B3) B2 merujuk kepada Rabun Teruk  manakala B3 adalah Penglihatan Terhad Penjelasan kategori OKU boleh dibaca di SINI Pemain catur OKU fizikal lazimnya akan menggunakan set catur biasa. Namun begitu, bagi sesetengah pemain yang mempunyai kesukaran untuk menggerakkan buah catur, pembantu akan disediakan untuk membuat gerakan. Bagi OKU penglihatan, mereka akan menggunakan set catur khas (Braille Set). Untuk membezakan petak gelap dan cerah, petak gelap biasanya sedikit tinggi berbanding petak cerah. Buah catur hitam pula mempunyai bucu tajam di bahagian atas untuk memudahkan pengecaman.  Papan catur Braille mempunyai lubang kecil untuk memastikan buah catur tidak jatuh ketika pemain menyentuh buah ketika...

Sirkit Catur OKU Zon Pantai Timur LIONS 2019

Pada 16 November 2019, kejohanan Catur OKU Zon Pantai Timur anjuran LIONS Club dengan kerjasama Persatuan Catur OKU Malayasia telah diadakan di KB Mall Kota Bharu. Ini merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh LIONS Club. PCOKUNK turut menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur melalui kerjasama bersama Persatuan Catur Negeri Kelantan yang menyediakan peralatan dan khidmat arbiter. 3 orang AJK PCOKUNK turut mengambil bahagian iaitu Mohd Azman Mohd Idros, Hafiz Mohed dan Ahmad Firdaus Othman. Edisi kali ini disertai oleh 18 pemain OKU yang datang dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga Selangor. Seramai 10 pencatur terbaik dipilih untuk mewakili Zon Timur pada peringkat kebangsaan yang akan dijangka berlangsung pada Mac 2020. En. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor telah berjaya menjadi johan dengan mencatat 100% kemenangan dari 4 pusingan dan membawa pulang RM300 serta piala. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor berjaya menjadi Johan Dua wa...

Selamat Berjuang Buat Kontinjen Catur Para Kelantan!

 Cabaran Kelantan pada temasya ParaSUKMA kali ini digalas oleh Faris Iqbal dan Muhammad Amirul Hakimi.   Afiq Aiman (dua dari kiri) bertindak selaku pengurus pasukan manakala Mohamad Syekul Azim (pertama dari kiri) bertindak sebagai Pembantu Jurulatih.  Ketua Jurulatih, Norazlin Juarih tidak dapat menyertai kontinjen ke Sarawak kali ini dan akan memantau perkembangan atlet secara atas talian. "Demi Kelate Kito Lawey"