Skip to main content

Posts

Rangkuman Aktiviti PCOKUNK Sepanjang Tahun 2020

 Tahun 2020 baru saja meninggalkan kita. Pandemik yang melanda telah menjejaskan beberapa program utama yang sepatutnya kita sertai. Paling utama ialah penangguhan SUKMA Paralimpiad ke Mac 2022. Walaupun begitu, PCOKUNK masih aktif menjalankan program-program dan kejohanan online sepanjang tahun 2020. Berikut adalah rangkuman aktiviti sepanjang tahun 2020 1. Latihan dan persiapan intensif atlet ke SUKMA Para 2020 2. Kejohanan Catur Online Dengan Kerjasama KPTMKB (3 Siri) 3. Kejohanan Catur PCOKUNK Arena Chessmaster 2020 (10 Siri) 4. Kelas Catur PERCUMA untuk OKU (Bermula Disember 2020) Latihan Intensif Atlet Latihan Intensif telah dijalankan bermula September 2020. PCOKUNK telah mengambil jurulatih yang berkelayakan untuk menjayakan latihan intensif selama 2 bulan. Walaupun begitu, akibat pandemik, kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada Mac 2021 telah ditunda ke tahun 2022. Kejohanan Catur Online Dengan Kerjasama KPTMKB (3 Siri)  Kejohanan ini merupakan salah satu rangka p...

Kejohanan Siri Catur Online PCOKUNK 2020

PCOKUNK buat julung kalinya akan mengadakan satu kejohanan catur secara online melalui platform Lichess pada 10 dan 11 Julai 2020. Ianya terbuka kepada seluruh warga Malaysia. Untuk maklumat lanjut, hendaklah menyertai Channel Telegram Rasmi PCOKUNK  Apa yang penting, ianya PERCUMA!  Objektif utama kejohanan online ini adalah untuk mempromosi Channel Rasmi Telegram PCOKUNK serta memeriahkan komuniti catur online Malaysia. Penganjur bersama siri ini adalah KPTMKB.

Mengenali Catur OKU

Pemain catur OKU lazimnya diletakkan di bawah kategori berikut: 1. Fizikal Kecacatan yang melibatkan kehilangan 50% atau lebih fungsi fizikal seperti tangan dan kaki 2. Penglihatan (B1) Hilang penglihatan sepenuhnya 3. Penglihatan (B2/B3) B2 merujuk kepada Rabun Teruk  manakala B3 adalah Penglihatan Terhad Penjelasan kategori OKU boleh dibaca di SINI Pemain catur OKU fizikal lazimnya akan menggunakan set catur biasa. Namun begitu, bagi sesetengah pemain yang mempunyai kesukaran untuk menggerakkan buah catur, pembantu akan disediakan untuk membuat gerakan. Bagi OKU penglihatan, mereka akan menggunakan set catur khas (Braille Set). Untuk membezakan petak gelap dan cerah, petak gelap biasanya sedikit tinggi berbanding petak cerah. Buah catur hitam pula mempunyai bucu tajam di bahagian atas untuk memudahkan pengecaman.  Papan catur Braille mempunyai lubang kecil untuk memastikan buah catur tidak jatuh ketika pemain menyentuh buah ketika...

Sirkit Catur OKU Zon Pantai Timur LIONS 2019

Pada 16 November 2019, kejohanan Catur OKU Zon Pantai Timur anjuran LIONS Club dengan kerjasama Persatuan Catur OKU Malayasia telah diadakan di KB Mall Kota Bharu. Ini merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh LIONS Club. PCOKUNK turut menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur melalui kerjasama bersama Persatuan Catur Negeri Kelantan yang menyediakan peralatan dan khidmat arbiter. 3 orang AJK PCOKUNK turut mengambil bahagian iaitu Mohd Azman Mohd Idros, Hafiz Mohed dan Ahmad Firdaus Othman. Edisi kali ini disertai oleh 18 pemain OKU yang datang dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga Selangor. Seramai 10 pencatur terbaik dipilih untuk mewakili Zon Timur pada peringkat kebangsaan yang akan dijangka berlangsung pada Mac 2020. En. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor telah berjaya menjadi johan dengan mencatat 100% kemenangan dari 4 pusingan dan membawa pulang RM300 serta piala. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor berjaya menjadi Johan Dua wa...

Selamat Datang!

Assalamualaikum. Bagi mereka yang pertama kali menjengah blog ini, kami cadangkan anda terus klik " Maklumat Am " untuk berkenalan dengan kami dan selepas itu tanpa ragu-ragu klik "Jom Sokong Kami" untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan Kad Ekslusif PCOKUNK!   Teruskan follow blog kami untuk maklumat dan info-info menarik serta aktiviti-aktiviti PCOKUNK yang terkini dari masa ke masa.