PCOKUNK memerlukan sokongan anda untuk mengumpul dana permulaan bagi menjalankan pelbagai aktiviti seperti kejohanan catur OKU, kejohanan catur terbuka, bengkel catur, seminar motivasi / pembangunan diri OKU dan sebagainya. Dana permulaan juga akan digunakan oleh PCOKUNK untuk menjalan bisnes bagi menampung kos operasi persatuan pada masa akan datang. Jesteru, kami amat berbesar hati sekiranya anda sudi membantu kami.
Jika anda adalah OKU berdaftar dengan JKM, kami menjemput anda untuk menjadi sebahagian dari komuniti PCOKUNK dengan mendaftar sebagai Sahabat OKU. Pendaftaran adalah PERCUMA dan anda akan menerima Kad Sahabat OKU PCOKUNK!
Jika anda bukan OKU tetapi berkemampuan, anda boleh menyumbang dana dan menjadi Patron PCOKUNK. Patron PCOKUNK adalah mereka yang menyumbang dana kepada PCOKUNK. Jika anda menyumbang dana dengan nilai minima serendah RM30, anda layak untuk menerima Kad EKSKLUSIF PCOKUNK Patron!
Antara kelebihan memiliki Kad Sahabat OKU dan Patron PCOKUNK adalah:
- Menikmati diskaun sehingga 50% bagi setiap program anjuran PCOKUNK
- Menikmati diskaun sehingga 25% bagi produk dan perkhidmatan terpilih dari Rakan Dagangan PCOKUNK.
- Berpeluang memenangi hadiah khas dalam program anjuran PCOKUNK
Comments
Post a Comment