Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Sirkit Catur OKU Zon Pantai Timur LIONS 2019

Pada 16 November 2019, kejohanan Catur OKU Zon Pantai Timur anjuran LIONS Club dengan kerjasama Persatuan Catur OKU Malayasia telah diadakan di KB Mall Kota Bharu. Ini merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh LIONS Club. PCOKUNK turut menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur melalui kerjasama bersama Persatuan Catur Negeri Kelantan yang menyediakan peralatan dan khidmat arbiter. 3 orang AJK PCOKUNK turut mengambil bahagian iaitu Mohd Azman Mohd Idros, Hafiz Mohed dan Ahmad Firdaus Othman. Edisi kali ini disertai oleh 18 pemain OKU yang datang dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga Selangor. Seramai 10 pencatur terbaik dipilih untuk mewakili Zon Timur pada peringkat kebangsaan yang akan dijangka berlangsung pada Mac 2020. En. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor telah berjaya menjadi johan dengan mencatat 100% kemenangan dari 4 pusingan dan membawa pulang RM300 serta piala. Hasidin Abdul Rashid dari Selangor berjaya menjadi Johan Dua wa

Selamat Datang!

Assalamualaikum. Bagi mereka yang pertama kali menjengah blog ini, kami cadangkan anda terus klik " Maklumat Am " untuk berkenalan dengan kami dan selepas itu tanpa ragu-ragu klik "Jom Sokong Kami" untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan Kad Ekslusif PCOKUNK!   Teruskan follow blog kami untuk maklumat dan info-info menarik serta aktiviti-aktiviti PCOKUNK yang terkini dari masa ke masa.