Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

Mengenali Catur OKU

Pemain catur OKU lazimnya diletakkan di bawah kategori berikut: 1. Fizikal Kecacatan yang melibatkan kehilangan 50% atau lebih fungsi fizikal seperti tangan dan kaki 2. Penglihatan (B1) Hilang penglihatan sepenuhnya 3. Penglihatan (B2/B3) B2 merujuk kepada Rabun Teruk  manakala B3 adalah Penglihatan Terhad Penjelasan kategori OKU boleh dibaca di SINI Pemain catur OKU fizikal lazimnya akan menggunakan set catur biasa. Namun begitu, bagi sesetengah pemain yang mempunyai kesukaran untuk menggerakkan buah catur, pembantu akan disediakan untuk membuat gerakan. Bagi OKU penglihatan, mereka akan menggunakan set catur khas (Braille Set). Untuk membezakan petak gelap dan cerah, petak gelap biasanya sedikit tinggi berbanding petak cerah. Buah catur hitam pula mempunyai bucu tajam di bahagian atas untuk memudahkan pengecaman.  Papan catur Braille mempunyai lubang kecil untuk memastikan buah catur tidak jatuh ketika pemain menyentuh buah ketika menganal